Iftar Santai Langit Ilahi

Wednesday 24 July 2013
Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum.

Akhirnya berkesempatan untuk diri ini menulis. Banyak yang ingin dikongsi, insyaAllah di sini tempatnya.

11 Ramadhan 1434H
20 Julai 2013

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kakak ipar saya selamat melahirkan puteri sulongnya. Semoga anak kecil ini menjadi anak yang solehah kelak dan berbakti kepada ummah satu hari nanti insyaAllah.

13 Ramadhan 1434H
22 Julai 2013

Alang-alang saya melawat kakak di Hospital Tawakkal, jadi saya membuat keputusan untuk menyertai Iftar Langit Ilahi di rumah saudara Hilal Asyraf. Alhamdulillah dapat bertemu kembali rakan-rakan volunteers TeenACE beberapa minggu yang lepas. Gembiranya hanya Allah yang tahu. Gembira dapat bersama sahabat-sahabat ini kembali dan semoga ukhuwah ini tidak akan lenyap ditelan zaman.

Sebelum berbuka, kami sempat "dijamu", bukan dengan makanan ye tetapi dengan ilmu oleh sahabat-sahabat LI. Ya, sungguh rugi jika masa berlalu diabaikan begitu sahaja. Perkongsian itu insyaAllah dapat mengisi masa dan paling penting mengisi jiwa-jiwa yang kosong ini.

Saudara Qawiem Khairi memulakan bicara, memperkenalkan diri dan kemudian menyerahkan majlis kepada saudara Afdholul Rahman. Salam diberi pembuka bicara. Saya sangat tertarik dengan topik yang disampaikan iaitu berkenaan Istighfar. Ya, lafaznya mudah tetapi sejauh mana kita memahami dan sejauh mana kita mampu mengungkapnya di bibir dan juga hati.

Kisah Imam Ahmad dan Si Penjual Roti yang diceritakan menarik minat saya. Ceritanya lebih kurang begini :

Suatu malam yang dingin, Imam Ahmad yang berada dalam keadaan musafir membuat keputusan untuk menumpang tidur di sebuah masjid. Akan tetapi beliau dilarang tidur di situ. Kemudian, beliau memutuskan untuk tidur di perkarangan masjid tetapi tetap juga dihalang. Lalu beliau dibawa ke kedai roti. Dalam diam beliau memerhati si pembuat roti yang sentiasa beristighfar sambil menguli tepung. Imam Ahmad sangat tertarik dengan perlakuan si pembuat roti itu. Lalu beliau bertanya kepada si pembuat roti itu tentang istighfar yang dilakukannya. Si pembuat roti menjawab bahawa beliau sentiasa beristighfar dan menjadi suatu kebiasaan. Kemudian Imam Ahmad bertanya lagi tentang kelebihan istighfar itu. Si pembuat roti menjawab,

"Selama ini tiada doa yang tidak diperkenan kecuali satu," kata si pembuat roti.

"Apa doa tersebut?" Imam Ahmad bertanya lagi.

"Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad Ibn Hanbal." jawab si pembuat roti.

Subhanallah indah sungguh aturan Allah. Imam Ahmad betul-betul berada dihadapannya.
Lihatlah, betapa perlunya kita membersihkan diri bukan hanya bersih fizikal tetapi juga bersih dari dosa agar doa kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Astaghfirullahalazim.

Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampai sebuah sajak dari saudara Ameen Misran. Bagi saya, sajak itu sangat indah dan bermakna

Lose Yourself in Ramadan
*Inspired by Eminem

If you had one shot,
One opportunity,
Your one moment,
To seize everything you've always wanted,
Your moment with Allah,
Would you capture it,
Or just let it slip?

Every moment in Ramadan is equally holy,
From dawn to dusk,
From morn to midnight.

It's like sunlight to the heart,
It's like being one with your loved one and never ever wanting to be apart.
It's like inhaling the crisp and clean breeze in the morning,
It's like a flower nourished by water.

We feel the intense hunger from not eating,
But we feel stronger from fasting.

We feel sleepy from reading the Quran,
But through contemplating its meanings, the holes in our souls are filled with Iman.

We are no saints as we have sinned.

It's time to through away your old hearts,
Ask Allah for a new one.

Seek forgiveness like someone drowning gasping for air,
Like a child crying, mourning, asking for his mom,
Like a slave burning in fire wanting to be saved.

Ramadan is a month of mercy,
A month of clemency,
A month of forgiveness,
A month of kindness.

You gotta yourself in Ramadan,
Capture the moment,
You own it,
You better never let it go,
Because you got one shot,
Do not,
Miss the chance to glow,
This opportunity comes,
Once in a life time.

Islam is not only during Ramadan,
Once Ramadan finishes,
Islam dies with it?
Ramadan is a spawning ground,
A motivation,
A love story.

~ By Ameen Misran

Rakaman boleh dilihat di sini.

Azan berkumandang menandakan telah sampai masanya untuk berbuka. Air dan makanan diedar. Makanan yang dibawa dari rumah masing-masing dan dikonsgi bersama. Sungguh diri ini rindu saat itu walaupun baru dua hari berlalu.

Usai berbuka dan solat maghrib berjemaah. Majlis diteruskan lagi dengan perkongsian daripada saudara Uzair mengenai Ramadhan.

Kemudian majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan solat Terawih serta witir yang diimamkan oleh saudara Afdholul Rahman dan tuan rumah, saudara Hilal Asyraf.

Selesai terawih rakaat ke-4, saudara Qawiem Khairi bangun menyampaikan tazkirah ringkas. Saya tertarik dengan kata-katanya mengenai Ramadhan ini ibarat suatu hadiah yang sangat bernilai untuk kita umat Islam.

Ya, cuba kita bayangkan sekiranya orang yang kita sayang menghadiahkan kita sesuatu yang berharga, sudah tentu kita akan menjaganya. Ibarat Ramadhan ini, suatu hadiah kecil dari Allah s.w,t untuk kita meminta keampunan dari-Nya dan memohon rahmat dari-Nya. 
Allah...Mudah benar diri ini leka.

Sebelum pulang, sudah tentu sesi bergambar tidak ditinggalkan. Sungguh ini kenangan yang indah.


Gambar dari page Qawiem Khairi

Semoga ukhuwah ini hingga ke syurga.


15 Ramadhan 1434H
24 Julai 2013









1 comments:

NJihe.am said...

Wah, bestnya akak! nak pergi tapi... huhu~

Post a Comment