Bulatan Gembira

Wednesday 16 October 2013
Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Rasa masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang membaca!

Bulatan gembira.

Sebenarnya beberapa minggu yang lepas, saya diberi tugasan atau "assignment" oleh kakak usrah mengenai video ini :


Video yang penuh makna dan erti :)  Mengenai seseorang yang mula berjinak-jinak dengan usrah dan bagaimana usrah itu sendiri melengkapi hidupnya.

Berdasarkan pengalaman sendiri...

Jika dahulu diri ini tidak mengenal apa itu usrah. Ya lah, dibesarkan dan hidup di sekolah harian yang memerlukan kekuatan diri untuk terus "survive". Jika goyah, terus musnah dan diri ini juga hampir terpisah jauh dari jalan-Nya. Alhamdulillah, tingkatan 4 saya ditawarkan ke sekolah berasrama dan di situlah segalanya bermula. Apa itu usrah? Mula berjinak-jinak denga usrah yang sememangnya wajib disertai oleh setiap yang bergelar pelajar. Kadang diri ini rasa terpaksa, malam minggu dipanggil berusrah mana tidak jiwa memberontak. Biasalah jiwa muda-mudi..hehe 
Setelah habis SPM dan menyambung pengajian di UIA. Di sini betul-betul menguji. Diri sendiri yang menentukan segalanya. Jika salah pilihan, bahana menanti. Diri sendiri juga yang menentukan mahu pergi ke majlis-majlis ilmu dan usrah atau tidak. Ya, di sini baru diri ini sedar betapa perlunya diri ditarbiyyah. Seperti video di atas, kadang kala diri ini terasa kecil berhadapan orang hebat dalam kalangan usrah itu. Tapi ingatlah, berdamping dengan orang hebat kadang kala "memaksa" diri untuk menjadi hebat juga. Fastabiqul khairat. Masing-masing berlumba melakukan kebaikan demi-Nya.

Itu pengalaman saya, dari kosong mungkin sekarang bertambah satu terikatnya hati dengan usrah.
Ramai yang berkata,
 "Ahh, malaslah mahu berusrah. Banyak lagi kerja boleh buat."
" Ala, boring la usrah tu. Asyik-asyik cakap benda yang sama dengan apa yang kita dah belajar kat sekolah dulu."
"Usrah tu ada kena cakap sorang-sorang ke? Tak nak lah aku, aku tak reti nak cakap-cakap ni apatah lagi kalau cakap-cakap pasal agama ni."

Mungkin itu hanya sebahagian alasan. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jangan pandang usrah ini hanya untuk orang yang bijak berkata-kata mengenai agama, orang yang bertudung labuh. Pandanglah usrah ini seperti satu keluarga yang saling mengasihi. Bukankah usrah itu juga bermaksud keluarga. Usrah ini tidak mengenal siapa, bahkan usrah ini sangat perlu untuk diri terus kuat dan terus saling mengingati. Jangan ingat usrah itu hanyalah perbincangan agama yang tidak berkesudahan. Banyak lagi aktiviti yang yang boleh dilakukan bersama sahabat-sahabat usrah seperti beriadah, berkelah dan banyak lagi.

Buanglah sikap "trauma" kita terhadap usrah. Sertailah bulatan gembira ini nescaya diri ini akan terus dibimbing dan terus dipimpin agar sentiasa berada di atas jalan-Nya insyaAllah~
Jika terpaksa korbankan masa untuk berusrah, anggaplah ini suatu pengorbanan yang bernilai di sisi-Nya.





Dear sahabat usrah Super Srikandi,
Sungguh diri ini menyintaimu kerana-Nya :)
Kak Atiqah, inilah assignment saya. hehe
InsyaAllah bertemu kembali kita selepas cuti ini ye~

12 Zulhijjah 1434H
17 Oktober 2013



2 comments:

NJihe.am said...

Assalamualaikum akak, suka sangat entri akak ni. Tapi, nak tengok video tu besar-besar kat YouTube tak jumpalah linknya. Tk.

Ummi Rashidah binti Adam said...

Waalaikumussalam..cuba taip Bulatan Gembira

Post a Comment